B0NANG
Bonang mempunyai sepuluh buah canang yang
diperbuat dari perenggu. Canang-canang disusun dalam dua baris dan diapungkan
di atas dua lingkar tali. Tiap-tiap canang mempunyai nada yang berbeza-beza.
Nada canang baris terdekat dengan pemain adalah lebih tinggi dan nada canang
juga meningkat dari kanan ke kiri. Kebiasaanya dimainkan dalam pertunjukan
gamelan Terengganu, Pahang dan Jawa. Ia dimainkan dengan menggunakan pengetuk
kayu yang hujungnya berbalut.
Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama diketuk sebelum rentak dan kedua selepas rentak.
GAMBANG
Gambang
terdiri dari sejumlah kepingan kayu keras yang diletakkan di atas kotak kayu
yang berfungi sebagai penyalun bunyi. Kepingan-kepingan kayu tersebut dipukul
dengan sepasang pemukul kayu yang berbalut. Setiap bilahan kayu tersebut
dipukul kepada pic-pic tertentu. Alat muzik ini merupakan salah satu alat utama
yang dimainkan dalam ensemble gamelan.
GENDANG
Gendang merupakan salah satu alat muzik tradisional yang sangat
signifikan dalam masyarakat melayu. Gendang merupakan alat muzik yang
terpenting dalam ensembel muzik tradisional Melayu seperti Wayang Kulit,
Menora dan Gamelan. Permukaannya diperbuat daripada kulit kambing atau
lembu yang diregangkan menggunakan rotan. Baluhnya diperbuat daripada jenis
kayu keras seperti kayu nangka atau merbau.
GONG
Terdapat 2 jenis gong yang
berbeza daripada segi saiz yang di panggil sebagai Gong besar dan Gong Kecil.
Alat muzik ini diperbuat daripada logam seperti gangsa, tembaga atau besi
dengan menggunakan teknik acuan. Gong digantung pada rak kayu dan dipukul pada
bahagian busut dengan menggunakan sebatang pemukul kayu yang berbalut.
Gong merupakan alat utama yang menjadi pelengkap utama sesuatu gubahan muzik
gamelan
SARON
Saron
Demong
Saron
Barung
Saron
Peking
Saron
terdiri daripada tiga jenis iaitu saron demong, saron barung dan saron perkin.
Setiap saron dapat dibezakan dengan saiz dan juga bunyi yang berbeza. Kumpulan
saron ini terdiri daripada 6 bilah gangsa yang di susun dan dipukul menggunakan
penukul yang dicipta berdasarkan bunyi pic – pic tertentu. Saron Demung
mempunyai saiz lebih besar berbanding saron barung dan Saron Peking. Manakala Saron Peking mempunyai saiz
yang lebih kecil. 6 bilah gangsa yang terdapat pada saron disusun mengikut
bunyi 1, 2, 3, 5, 6 dan i.
ok... this one is nice sbb ada penerangan setiap gambar...
ReplyDelete